bingkisan kalam iman

'Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani'

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, pembantu Rasulullah saw. meriwayatkan dari beliau, bahwa beliau saw. bersabda, "Seseorang dari kamu tidak akan beriman (dengan sempurna), sehingga mencintai saudaranya sama seperti mencintai dirinya sendiri." [Disepakati oleh Bukhari dan Muslim]


Tuesday, March 18, 2008

MUHAMMAD RASULULLAH

MUQADDIMAH

Sesungguhnya setiap kali kaki melangkah menjadi tetamu,tanah barakah ini bagai berbisik mengiringi jejak-jejak musafir dibumi yang barakah iaitu bumi Anbiya' ini.Membisikkan kisah sejarah riwayat Islam daripada Nabi Musa dan Harun serta kisah-kisah hambanya yang mengembangkan Islam di Bumi Nil ini.Bumi yang barakah ini turut menyimpan manuskrip ketamadunan manusia yang hina dan sesat daripada kisah sang raja yang mengaku tuhan iaitu Raja Fira'un.firman Allah didalam Al Quran surah Al Qasos ayat ke 38,"Dan berkata Firaun."Hai pembesar kaumKu,aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain Aku.Maka bakarlah hai Haman untukKu tanah liat(membuat batu bata),kemudian buatkanlah untukKu bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat tuhan Musa(Allah),dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia adalah pendusta".Ayat ini menerangkan tentang keangkuhan Firaun yang mengaku sebagai tuhan dan raja manusia,lalu Allah mengutuskan Musa AS dan Harun AS untuk menunjukkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.Turut terselit kisah Qarun yang tamak mengumpulkan harta tetapi bakhil didalam mengeluarkan harta untuk kepentingan rakyat didalam kesusahan.

Namun kisah perjalanan kalimah tauhid yang menyeru manusia kepada kebenaran telah bermula di Mekah Mukarramah oleh kekasihNya Muhammad Rasulullah SAW.Kisah yang sentiasa segar diingati oleh Ulul Albab iaitu mereka yang mempunyai akal dan sentiasa mengingati sirah Islam di bumi Allah.Munculnya Rasulullah SAW telah mencabar tradisi Jahiliyyah,membuka sejarah baru ketamadunan insan.Ternyata jalan Iman dan Islam sebenarnya penuh ranjau dan berduri sedang menanti,mengajak umat arab Jahiliyyah yang hidup didalam kegelapan untuk mentauhidkan Allah yang satu bukan semudah untuk memadamkan jejak-jejak pasir dipadang pasir.Tradisi kemusyrikan telah sebati dan diabdikan didalam hati mereka untuk mensyirikkan jalan Allah dengan mengikut jalan yang telah dibawa oleh nenek moyang mereka ketika itu.Memang pun telah terancana seperti didalam kitabNya Nabi Allah Ibrahim Khalilullah meninggalkan zuriatnya dilembah yang diberkati oleh Allah dan Malaikat,zuriatnya daripada suku kaum Jurhum.Tiba masanya lahirlah daripada salasilah Ismail As itu nabi yang membawa panji kebenaran yang telah diutuskan kepada manusia akhir zaman dan Rasul yang terakhir.

Baitullah telah menjadi saksi,baginda telah berjuang seperti Rasulnya sebelum ini membawa misi yang serupa dengan membawa umat manusia mentauhidkan Allah.Sepanjang 13 tahun Musyrikin mekah menindas mereka kerana ajaran islam yang dibawa oleh utusanNya.Namun mereka tidak keseorangan menempuh jalan Allah,demi Iman kepada Rasulnya para sahabat sanggup berkongsi derita,keringat dan air mata,darah hatta nyawa menjadi taruhan semata-mata memastikan kalimah tauhid disebarkan sehingga keturunan mereka memeluk agama Islam dan mati menjunjung kalimah Allah.Pengalaman Bilal bin Rabah tidak sedikit pun memadamkan obor iman mereka walaupun dibakar dengan bahan api mentah,dilemparkan batu ke jasad,percikan panas cahaya sang mentari dan kehinaan di sisi masyarakat Jahiliyyah semuanya menjana iman dan taqwa yang sangat luar biasa.



"Sahabat adalah manusia yang sangat istimewa dan telah menjadi pilihan Allah untuk membantu utusanNya mengembang kalimah tauhid".Didalam ayat yang sering kita dengar bahawa Allah merestui mereka(RADIALLAH HU ANHUM WA RADHU ANHU)iaitu mereka meredhai Allah dan Allah meredhai mereka dan Rasulullah SAW melarang mencela dan menghina sahabat.

Rasulullah SAW muncul ditengah-tengah masyarakat Jahiliyyah yang suka menumpahkan darah,sanggup berbunuh-bunuhan untuk mempertahankan kabilah-kabilahNya.Ironinya,nyawa anak-anak perempuan mereka terlalu murah,arak menjadi minuman utama,perjudian sudah menjadi sebahagian hidup mereka,penipuan dan riba didalam perniagaan menjadi sumber ekonomi mereka dan saat itu hidup didalam kegelapan.Hidup dizaman Jahiliyyah amat kabur sehingga zina menjadi budaya dan berleluasa sehingga mencemarkan ketamadunan dunia arab.Setelah lama berada di Mekah dengan menyaksikan mereka menyembah berhala dek hati buta mereka menyembah tuhan khayalan mereka yang telah diciptakan oleh nenek moyang mereka sendiri,lalu Allah telah mengarahkan Rasulullah SAW berhijrah ke Yathrib atau madinah.Daripada episod penghijrahan Rasulullah SAW bersama Muhajirin Mekah,maka bermulalah kisah perjuangan Nabi dan sahabat sehingga membebaskan masyarakat arab daripada belengu Jahiliyyah yang ilusi itu.

Didalam surah al-fath ayat 29,"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia(sahabat-sahabat)adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka:kamu melihat mereka ruku'dan sujud mencari kurnia Allah dan kerdhaanNya,tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud".Pengakhiran surah Al fath ditutupi dengan keterangan mengenai sifat-sifat Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatNya.

Didaalam ayat tersebut juga menceritakan tentang perjuangan Rasulullah SAW yang dibantu oleh sahabat-sahabat baginda yang diterangkan didalam Injil dan taurat iaitu,"seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus diatas pokoknya;tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir(dengan kekuatan orang-orang yang beriman)".

Didalam ayat itu juga Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh diantara mereka ampunan dan pahala yang sangat besar.
Didalam surah Taubat ayat 100,Allah berfirman mengenai sahabat-sahabat."Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama(masuk Islam)diantara Muhajirin dan Ansor dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik,Allah redha kepada mereka dan mereka pun Redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai didalamnya selama-lamanya.Itulah kemenangan yang besar".





Diharap agar penulisan yang sedikit ini dapat membantu untuk mengingati kembali sejarah perjuangan Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabat sehingga berjaya mengembangkan ajaran tauhid dengan hanya berbekalkan kepada iman dan taqwa hatta sanggup menggadaikan nyawa semata-mata untuk memastikan misi dakwah tersebar luas.Perjuangan sahabat bukan sahaja tertumpu di kota Mekah dan Madinah tetapi menjangkau keseluruh pelusuk dunia dengan mengibarkan panji-panji Islam yang sentiasa relevan dan kekal sehingga hari kiamat dengan berbekalkan Al Quran dan Sunnah.Sesungguhnya setitik darah yang mengalir daripada tubuh badan sahabat amat bernilai dan tiada tandinganNya sehingga didalam hati mereka hanyalah mati syahid dijalan Allah tanpa memikirkan soal kemewahan dunia dan kemasyhuran yang meneggelamkan manusia kelembah kelalaian dan kealpaan.

Didalam penulisan yang ringkas ini akan menceritakan pengorbanan empat kahlifah Islam yang menjadi tunjang dan tulang belakang kepada keluasan dakwah serta diselitkan tentang kisah sahabat yang berjasa didalam membebaskan rakyat mesir daripada cengkaman kezaliman kerajaan Byzantin.Turut direncanakan didalam penulisan ini tentang perjuangan Wali dan ulama mesir yang menetupi dunia ini dengan ilmu.