bingkisan kalam iman

'Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani'

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, pembantu Rasulullah saw. meriwayatkan dari beliau, bahwa beliau saw. bersabda, "Seseorang dari kamu tidak akan beriman (dengan sempurna), sehingga mencintai saudaranya sama seperti mencintai dirinya sendiri." [Disepakati oleh Bukhari dan Muslim]


Thursday, March 19, 2009

ISU PENGKID DI MALAYSIA

FATWA MENGENAI PENGHARAMAN PENGKID OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN 2008
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang berlangsung di Kota Bharu Kelantan pada 23 Oktober 2008 telah memutuskan perlakuan “ pengkid “ atau wanita yang menampilkan tingkah laku seperti seorang lelaki yang berlawanan dengan fitrah semulajadi wanita, sama ada dari segi pergaulan, tingkah laku atau berpakaian, haram dan dilarang sama sekali.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata pengharaman itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini di kalangan remaja perempuan yang cenderung mengamalkan cara hidup lelaki.

Beliau berkata, fenomena pengkid kini menjadi isu serius di kalangan anak gadis di negara ini dan ia perlu ditangani segera supaya tidak berkembang hingga sukar diatasi pada masa depan.

"Majlis Fatwa mendapati isu pengkid kini semakin ketara. Remaja perempuan kini lebih gemar dengan cara hidup lelaki dari segi pergaulan, perbuatan dan berpakaian, yang bukan saja bertentangan dengan fitrah asal manusia, tetapi cuba menafikan hak kewanitaan.
Isu pengkid perlu ditangani dengan segera oleh semua pihak agar masalah sosial ini tidak menjadi lebih parah ibarat luka yang bernanah dan bercambah sehingga sukar untuk dibendung

PENGERTIAN PENGKID
Istilah pengkid mengikut perspektif bahasa melayu adalah perlakuan seks homoseksualiti dalam kalangan remaja wanita atau lazimnya disebut sebagai lesbian dalam bahasa inggeris dalam kalangan wanita.

Merungkai pengertian pengkid mengikut persperktif masyarakat melayu membawa maksud golongan perempuan yang menjiwai watak dan perlakuan lelaki dengan menyembunyikann sifat kewanitaan dan mereka merupakan golongan yang kehilangan identiti kewanitaan

Disamping itu juga,pengkid lebih merujuk kepada perilaku seorang wanita yang menyerupai tingkah laku seorang lelaki yang normal.Golongan ini seakan-akan mempunyai bentuk tubuh badan seperti lelaki sehingga sukar untuk kita mempercayai bahawa mereka sebenarnya seorang wanita.Kesukaran untuk membezakan antara golongan pengkid dan lelaki disebabkan beberapa faktor diantaranya ialah golongan minoriti ini lebih selesa berpakaian seperti seorang lelaki dengan mengenakan pakaian yang dikhususkan hanya untuk golongan lelaki.Hal ini menyebabkan mereka terkeluar dari fitrah semulajadi yang telah diciptakan oleh yang Maha Esa dan berlawanan dengan ciri-ciri seorang wanita.Golongan yang songsang jantina ini sanggup untuk menahan kesakitan semata-mata untuk kelihatan seperti seorang jejaka tampan tanpa memperdulikan kesan jangka panjang dengan membalut payudara mereka dengan menggunakan kain bengkung.

CIRI-CIRI PENGKID DIMALAYSIA
Golongan pengkid tidak berbaju kurung, tidak bersolek dan jauh sekali memakai kasut bertumit tinggi, pastinya memakai seluar slack atau jeans, berkemeja menjadi pilihan. Malah ramai keluar menampilkan diri di khalayak ramai berseluar pendek dan menggenakan t-shirt sukan.
Kini golongan pengkid tampil dengan lebih berani sehingga sanggup membelakangi fitrah semulajadi wanita yang mereka miliki dengan membalut payu dara menggunakan bengkung dan ada diantara segelintir pengkid sanggup menggunakan kaedah perubatan moden untuk mengecilkan payudara mereka agar tidak kelihatan seperti wanita.Kumpulan pengkid yang mengalami kecelaruan gender ini sanggup memotong rambut seperti lelaki mengikut selera yang diidamkan semata-mata untuk mencapai impian yang berkiblatkan kepada nafsu dan membelakangi hokum hakam yang telah ditetapkan kepada kaum Hawa.
Ketaksuban golongan pengkid ini senggup untuk melakukan apa sahaja supaya kelihatan seperti seorang lelaki seperti menghisap rokok dikhalayak ramai dan yang lebih parah apabila ada diantara golongan ini sanggup mendedahkan “couple” atau “bunga” iaitu merujuk kepada kekasih wanita kepada tontonan umum tanpa mempunyai sifat malu yang telah sebati dengan naluri seorang wanita.Tidak cukup dengan penukaran ‘dressing”(cara pemakaian),mereka telah bertindak diluar batasan dengan menjalinkan hubungan seksual sesama jantina sehingga ada yang sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mengikuti teman “pengkid”.
Golongan pengkid amat prihatin dan memahami perasaan dan naluri seorang wanita kerana mereka masih mempunyai hati wanita secara fitrahnya.Disebabkan mereka mempunyai kefahaman kewanitaan yang tinggi,maka tidak hairanlah golongan ini dikenali sebagai golongan yang prihatin dan menjadi pendengar yang setia kepada wanita.Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan contoh sekiranya seorang lelaki baru teringat hendak membelikan jambangan bunga untuk kekasih atau isteri, pengkid sudah bagi awal berbanding lerlaki tersebut.Maka tidak hairanlah jika kes isteri mengikuti pengkid menjadi isu hangat yang diperkatakan diMalaysia.

PERBEZAAN ANTARA PENGKID,TOMBOI DAN LEBSBIAN
Golongan pengkid,tomboy dan lebsbian cukup sinonim dinegara kita.Sekilas pandang mereka mudah untuk kita kenali dan jejaki tetapi wujud perbezaan yang ketara diantara ketiga-tiga golongan ini.
Pengkid,tomboy dan lesbian atau yang sama erti dengannya membawa makna berbeza kepada masyarakat walaupun hakikatnya mereka cenderung kepada gejala sama, homoseksual malah kelompok ini adalah jantina ketiga yang cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma biologi, moral dan sosial kehidupan wanita.
Tomboy adalah gender neutral bererti wanita berperwatakan lelaki tetapi bukan pengkid atau lesbian. Dia lebih kepada sifat feminin manakala pengkid pula sedaya-upaya mahu kelihatan seperti lelaki. Contohnya berbengkung di dada (dia benci bahagian badan yang berkaitan wanita), memakai pakaian longgar dan berambut pendek. Pengkid tertarik untuk berhubungan seksual dengan wanita lain

Lesbian pula tidak semestinya kelihatan seperti lelaki malah ramai feminin dan nafsu terhadap wanita lain tidak diketahui sesiapa pun. Mereka menerima diri sebagai wanita (tidak seperti pengkid), malah menyukai bentuk tubuh wanita. Dalam hubungan seksual lesbian, salah seorang pasangan memainkan peranan dominan manakala seorang lagi bersifat lebih pasif

Manakala pengkid mempunyai gender semulajadi seperti wanita dan tidak menukarkan bentuk semulajadi iaitu berbeza dengan golongan mak nyah atau pondan yang menukarkan jantina.Pengkid hampir sama dengan ciri-ciri yang ada pada seorang tomboy tetapi mereka lebih gemar meluangkan masa bersama dengan teman wanita dan mempunyai nafsu untuk melakukan hubungan seksual yang terlarang iaitu lebih kepada perlakuan seks oral.

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 2008
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang berlangsung di Kota Bharu Kelantan pada 23 Oktober 2008 telah memutuskan perlakuan “ pengkid “ atau wanita yang menampilkan tingkah laku seperti seorang lelaki yang berlawanan dengan fitrah semulajadi wanita, sama ada dari segi pergaulan, tingkah laku atau berpakaian, haram dan dilarang sama sekali.
Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata pengharaman itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini di kalangan remaja perempuan yang cenderung mengamalkan cara hidup lelaki.
Sekiranya terdapat beberapa indivu yang menyanggah fatwa mengenai pengharaman golongan pengkid boleh menjejaskan akidah umat islam.Hal ini kerana,proses untuk mengeluarkan sesuatu hokum dan fatwa berkaitan dengan masalah yang boleh membawa kepada kemudharatan kepada masyarakat dan individu dilakukan dengan begitu sistemetik.Prosesnya juga dibuat dengan menggunakan pendekatan berbentuk ilmiah dengan membabitkan tokoh yang memiliki pelbagai kepakaran dan diperakui kebolehannya.Sekiranya masih ada lagi golongan yang meningkari fatwa yang telah dikeluarkan bermakna mencabar Allah dan RasulNya untuk menjaga kemaslahatan umat islam dan menjaga akan kepentingan umat daripada tergelincir daripada landasan.Fatwa yang dikeluarkan boleh menggelakkan umat Islam daripada memilih jalan sendiri dengan membuat tafsiran agama berteraskan kefahaman golongan barat dan dorongan perasaan sendiri.
Ada sebahagian masyarakat kita yang memperlekeh dan memperkotak katikkan fatwa majlis kebangsaan sehingga mereka berani bersuara dengan mengatakan bahawa majlis fatwa tiada hak untuk mengongkong hak asasi wanita.Gologan ini masih kabur dan jahil mengenai hokum dan fatwa yang dikeluarkan untuk disabitkan kepada sesuatu kemaslahatan dan kemudhoratan didalam masyarakat.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menjelaskan fatwa yang dikeluarkan itu sebagai panduan bagi menyelamatkan generasi muda melakukan perkara yang dilarang agama.
Ertinya, dalam hal ini golongan bukan Islam tidak ada hak untuk mempertikai dan mempersoalkan keputusan fatwa berkenaan, apatah lagi memperlekehkannya. "Kita minta pihak berkenaan tidak mencampuri hak orang Islam dalam menganuti agama Islam, apatah lagi mempertikai pihak berkuasa agama negara ini dalam menegakkan syiar Islam," kata Wan Mohamad.

DALIL MENGENAI LARANGAN KEPADA WANITA MENYERUPAI GOLONGAN LELAKI DAN SEBALIKNYA
Islam menyuruh umatnya mematuhi hukum dan perintah Allah SWT dan Rasul serta menjauhi perkara dilarang. Allah SWT telah menetapkan yang mana halal dan haram. Ini termasuk mengenai cara hidup seseorang. Keputusan Muzakarah Fatwa merujuk kepada larangan (pengharaman) asal Nabi Muhammad SAW terhadap lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki dalam hadis yang bermaksud:

"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki."
(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad)

daripada Abu Hurairah, bermaksud: ((Rasulullah saw melaknat lelaki yg memakai pakaian perempuan, dan perempuan yg memakai pakaian lelaki)). (hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud)

Rasulullah saw bersabda bermaksud: ((Tiga golongan yg tidak akan masuk syurga….(antaranya): perempuan yang meniru dan berkelakuan seperti lelaki)) (Riwayat Ahmad).

Bahaya penyerupaan itu jika dibiarkan tanpa peringatan dan tindakan akan menyumbang kepada kecelaruan identiti, kerosakan akhlak dan kewujudan cinta intra-seksual pada tempat yang salah.Maka jelaslah,bentuk penyerupaan lelaki yang diamalkan oleh sebahagian golongan pengkid adalah haram dan dilaknat oleh Allah dan RAsulullah s.a.w

Pandangan ulama mengenai gejala homoseksual (lesbian) dan hukumannya.
Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) berpendapat : perlakuan yang berkaitan homoseksual tidak dikategorikan sebagai zina dengan alasan: Pertama: kerana tidak wujud unsur kesamaan antara seks lelaki dan perempuan dengan homoseksual yang tidak melibatkan unsur berkaitan dengan zuriat dan ketidakjelasan nasab (keturunan) tidak terdapat didalam perlakuan seks homoseksual. Kedua: perbezaan jenis hukuman yang melibatkan para . Berdasarkan kedua alasan ini, Abu Hanifah berpendapat bahwa hukuman terhadap pelaku homoseksual adalah membabitkan ta’zir (diserahkan kepada penguasa atau pemerintah).

Menurut Imam Malik,perlakuan seks homoseksual boleh dikategorikan zina dan hukuman yang dikenakanl keatas pelakunya adalah direjam, sama ada muhshan (sudah berkahwin) atau gair muhshan (belum berkahwin)

Menurut Imam Syafie, homoseksual tidak dikategorikan sebagai zina seperti hubungan kelamin diantara lelaki dan perempuan tanpa akad nikah yang sah, tetapi terdapat kesamaan diantara kedua-duanya iaitu keduanya merupakan hubungan seksual yang dilarang dalam Islam keatas pelakunya.Hukuman yang dikenakan sekiranya wujud perlakuan tersebut adalah:sekiranya muhshan (sudah berkahwin), maka dihukum rejam. Kalau gair muhshan (belum berkahwin), maka dihukum sebat 100 kali dan dibuang negeri selama satu tahun.

Sebuah hadis ada mengungkapkan bahawa orang yang melakukan perbuatan ini sebagai pelaku zina.
Daripada Abu Musa,Nabi bersabda “ Apabila seorang lelaki mendatangai seorang lelaki,maka mereka berdua adalah penzina”.
(diriwayatkan oleh Baihaqi)
Pendapat imam Syafie yang berkaitan dengan pelaku liwat dibunuh berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh para penulis sunan,
Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Sesiapa yang kamu temui mengamalkan amalan kaum Nabi Luth a,s,hendaklah kamu bunuh pelaku dan yang diperlaku”.
(Diriwayat oleh at-tirmizi,Abu daud dan Ibn majah)
Terdapat pendapat mazhab lain selain mazhab yang disebutkan yang menyebutkan pelaku homoseksual dibakar.Pendapat ini berpandukan hadis riwayat al-Baihaqi:

“Para sahabat Rasulullah s.a.w telah sependapat membakar pelaku dan yang diperlaku”.
Menurut al-Hafiz al-Munziri,para homoseksual atau peliwat dibakar oleh empat orang khalifah iaitu Abu baker,Umar,Uthman,Ali dan Abdullah bin Zubair serta Hisyam bin Abdul Malik.
( kitab fikah mazhab syafie jilid 8 bab hudud kepada penzina)

Keterangan berkaitan dengan hubungan kait diantara peliwat atau homoseksual dengan gejala pengkid.Hujah ini dikaitkan kerana ada segelintir golongan pengkid yang mengamalkan kehidupan seks bebas yang boleh diertikan sebagai golongan homoseksual yang melibatkan antara wanita dengan wanita seperti zaman nabi Luth a.
Ini adalah diantara kesepakatan ijma oleh ulama,maka sesungguhnya telah disepakati bahawa perlakuan homoseksual adalah sesuatu yang bertentangan dengan islam dan diluar fitrah kejadian manusia.Islam memandang serius dalam melibatkan masalah homoseksual dan lesbian sudah jelas mengharamkan perlakuan yang diluar tabi’dari norma-norma kehidupan manusia termasuk Ijma’ para ulama tak pernah berselisih.Bersumberkan kepada panduan Al-quran dan hadis cukup untuk mengatakan bahawa larangan Allah terhadap perlakuan yang menyerupai kaum nabi Luth a.s

1 comment:

whiteraven68 said...

Salam, mintak izin linkan post dlam blog ini untuk rujukan post dalam blog saya.
Menarik2..