bingkisan kalam iman

'Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani'

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, pembantu Rasulullah saw. meriwayatkan dari beliau, bahwa beliau saw. bersabda, "Seseorang dari kamu tidak akan beriman (dengan sempurna), sehingga mencintai saudaranya sama seperti mencintai dirinya sendiri." [Disepakati oleh Bukhari dan Muslim]


Thursday, March 19, 2009

kes-kes buang bayi di MALAYSIA

4 Mac 2009
BALIK PULAU: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam longkang di tepi jalan Batu Feringgi-Teluk Bahang, di sini. Mayat bayi yang masih bertali pusat dan kesan darah di badan dijumpai dibungkus dengan tuala mandi oleh seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jam 10 pagi.

17 Februari 2009
KANGAR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia menyorok bayinya dalam laci almari bilik tidur di rumah majikannya yang juga pegawai kanan polis, di sini, sejak tiga hari lalu.
Yanti, 22, mengaku terpaksa bersalin sendirian di tandas sebelah bilik tidurnya di tingkat bawah rumah itu pada malam Khamis dan menyembunyikan bayi itu daripada majikannya kerana takut dimarahi dan dihantar pulang ke negaranya.

4 Februari 2009
NILAI: Penemuan seorang bayi lelaki yang berpakaian lengkap serba biru dengan sarung tangan, topi, beg dan tuala bersama botol susu di koridor tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, menggemparkan penduduk rumah pangsa berkenaan.
Bayi yang dipercayai berusia sebulan itu ditemui seorang penduduk di lantai koridor sebelum memaklumkannya kepada polis.

7 Januari 2009
PETALING JAYA: Polis menemui seorang bayi perempuan berusia dua minggu yang disembunyikan dalam beg hitam sebelum ditinggalkan di belakang sebuah rumah teres di Kampung Cempaka, Kelana Jaya, dekat sini.
Difahamkan, kejadian disedari pemilik rumah itu jam 2.50 pagi sejurus membuka beg berkenaan dan tersentak melihat bayi yang dibaluti tuala masih bernyawa.

21 Disember 2008
SUNGAI PETANI: Seorang remaja berusia 17 tahun disiasat polis berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat di belakang rumahnya di Kampung Bujang, Merbok, dekat sini, semalam.
Remaja terbabit yang dikatakan mahu menyembunyikan kelahiran bayi itu daripada keluarga meninggalkan mayat bayi berkenaan di kawasan belakang rumahnya, tetapi ditemui oleh bapanya sekitar jam 5 petang.

15 Oktober 2008
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita berusia 21 tahun dari Jertih, Besut, dipercayai meletakkan mayat bayi lelaki baru lahir dalam sejadah di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini, Sabtu lalu, direman tujuh hari mulai semalam.
Polis membawa suspek yang memakai baju panas warna kelabu dan berseluar sukan putih ke Mahkamah Sesyen, kira-kira jam 11.30 pagi bagi mendapat tahanan reman membantu siasatan kes berkenaan.
Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir yang dibungkus dalam sejadah ditemui berhampiran tabung derma Masjid Tengku Tengah Zaharah selepas solat Subuh.

29 September 2008
MARANG: Tindakan pantas seorang datuk mendengar tangisan di luar rumah yang berbeza daripada suara cucunya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan dalam gulungan paip getah di tepi rumahnya di Kampung Lama Seberang Marang, dekat sini.
Datuk berkenaan, Othman Yeop, 48, berkata bayi malang itu yang dipercayai baru lahir, ditinggalkan di kawasan itu tanpa pakaian atau alas.

3 comments:

mohdshahran said...

Akhir zaman- Orang soleh tak ramai

~UmmU SoLehah~ said...

sedih mengenang keadaan wanita akhir zaman. di manaKah maruah dicamPakkan. akhirnya nyawa yg tidak berdosa menJadi mangsa kebodoHan.

semoga setiap kisah menjadi tauladan..^^

Abu Abdul Bari said...

Berilah kekuatan kepada kami untuk menghadapi segala fitnah akhir zaman ini ya Allah..